rasa macam dah lama tk buat story kan.... mesti korang tunggu kan untuk next kisah. ok hari ni aku akan ceritakan kisah selanjutnya...
dengan sikap aku yang sentiasa beralah even aku ni anak bnogsu membuatkan kakak-kakak aku gunakan aku demi kepentingan diorang. kadang- kadang aku pikir, aku ni mungkin terlalu baik sampai orang boleh memijak-mijak kapala aku sampai aku sendiri tak tahu apa kehendak aku sebenarnya. aku sentiasa menunaikan hasrat orang lain tapi orang tak pernah tanya apa kehendak aku, apa yang aku mahu dalam hidup aku. setiap keputusan dalam hidup aku hanya akan dibuat oleh kakak aku, aku tak tahu sebenarnya aku ni hidup atas diri aku ataupun kakak aku. aku selalu saja nak buang sikap ni tapi tak boleh sebab sikap ini sudah sebati dalam hidup aku dan sikap ini akan terus ada dalam jiwa aku untuk selamanya. jadi disebabkan sikap ini ada dalam diri aku, aku sentiasa berada dalam keadaan yang aku sendiri susah nak faham. apa yang dapat aku buat hanyalah merelakan diri aku dipergunakan..... buat masa ini aku tak dapat nak kumpul tenaga untuk melawan kakak-kakak aku. aku harap akan ada satu hari yang akan muncul dimana aku dapat menewaskan semua kehendak kakak aku.
